Thursday, March 31, 2011

Silent......shhhh...

Dataran itu itu tidak sama tinggi
Ada ngarai
Ada lembah
Ada bukit
Ada gunung-ganang
Ada satu gunung yang tinggi
Ada satu gunung yang tertinggi
Dan hanya ada puncak gunung
yang tertinggi


Demikianlah pula cinta
Hanya cinta yang tinggi mampu
mendaki puncak keindahannya
Dan hanya ada orang yang
mengerti saja
Apabila dia menyedari betapa
indahnya CINTA.......

Friday, March 18, 2011

Thanks And Raja Lawak






Assalammualaikum...

good night to all readers who is blogwalking in my blog..thanks to who follow me(bkan bedak ha..)@follow my blog...


malam neh kira malam last utk aq post ha....maklum lah hostelian(btoi ka ha..)..so 2 mngu tak dak kot...hmm nak cerita pasal pa ha...


cerita pasal raja lawak musim ke 5 la.....

korang dah tau kan sapa pemenangnya...

1st place-MAN
2nd-R2
3rd-BALAS

Aq suka dgn MAN pnya muzikal komedi...cerita pasal mat rempit....haha

dya tlah mngunakan huruf R.E.M.P.I.T...korang nak tahu..


R-remmm(mat rempit pulas throttle)
E-ek eleh(mat rempit sindir orang sebelahnya ketika traffic light merah)
M-marah(marah sbab traffic light x tukar hijau lagi)
P-pecut(nak cepat sbab ada game)
I-ikut(orang sebelahnya ikot mat rempit tu)
T-tertanam(mat rempit tu meninggal)

so kpda sesapa yg nk jadi mat rempit tu......jauhi lah..kerana rempit tu membawa padah...seperti kata pepatah JKJR 'Tunggang Jangan Tunggang Langgang'....

that's all for now..

thanks...

wassalam


danie46

Thursday, March 17, 2011

kereta




Assalammualaikum...good morning to all readers...hope you will right today..ok..let's talk about car....check this out...

korang nak tahu kereta neh mmg perkara wajib bgi keluarga berpendapatan sederhana mahupun golongan elit...x kira la sama ada kereta tu mahal ka murah ka(ada aku kesah...tagline raja lawak mngu 9)..

kereta neh korang boleh modified apa saja...nak wat jadi 4 wheel drive ka.....nak wat kereta saloon(selalunya utk auto show)....wat drag ka....smua la(x lrat nak tlis..haha)...

hmm apa2 la...harap korang enjoy.....blurr saja post kali neh

wassalam

danie 46


p/s:sorry la ye....msti korang x pham pnya....sorry skali lagi

Wednesday, March 16, 2011

Akal vs Nafsu

Assalammualaiku..sekarang neh ada perbezaan antara laki dan perempuan...laki ada 9 akal dan 1 nafsu..yepp...perempuan pula ada 9 nafsu dan 1 akal...arini nk saya nk tnjuk pasal akal vs nafsu...tgk ye...





"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada petukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal" (Ali'Imran 190)

Akal Membezakan Manusia dengan Haiwan

Akal yang mengatasi Nafsu adalah Akal yang Hebat. Akal yang diatasi oleh nafsu adalah akal yang lemah sehingga boleh menyebabkan manusia bertindak seperti haiwan yang hanya bernafsu.

LIMA Tanda Zahir:

1. Diam diri.

2. Menahan marah.

3. Merendah diri.

4. Peramah.

5. Berbuat amal soleh.

LIMA Tanda Batin:

1. Berkata-kata dengan kebajikan.

2. Berbuat ibadat.

3. Sentiasa takut kepada Allah SWT.

4. Memuhasabah dosa dirinya ( Agar timbul perasaan untuk bertaubat).

5. Menghina dirinya kepada RabbulJalil ( walaupun manusia sebaik-baik kejadian tetapi manusia sering melakukan dosa).

Kitab Muhimmah. m/s: 228.

Tanda orang yang berakal

1) Luas pandangannya kepada sesuatu yang menyakiti atau yang menyenangkan, pandai memilih perkara yang bermanafaat dan menjauhi perkara yang menyakiti.

2) Selalu berbantah dengan dirinya. Kalau diri itu bermaksud menempuh yang jahat, dihukumnya bahawa kejahatan itu berbahaya, merugikan dan mencelakakan. Dan kalau diri itu mengingat-ingat perkaran yang baik, dihukumkan bahawa kebaikan itu menguntungkan, membawa kemenangan dan memberi laba. Lantaran hukuman yang demekian mudahlah dirinya mengingat baik-baik itu dari buah hasilnya sehingga mudah menunjukkan kesana. Dan bila menghadapi kejahatan, mudah pula dia mengingat bahayanya dan celakanya, gementar badannya, dan timbul takutnya yang melampaui batas.

3) Selalu mengingati kekurangannya, kalau perlu di tulis di dalam satu buku peringatan sehari-hari. Baik kekurangan dalam agama, atau pada akhlak dan kesopanan. Peringatan itu diulang-ulang dan buku itu kerapkali dilihatnya untuk direnunginya dan dikhtiarkan mengansur-ansur merubah segala kekurangan itu.

4) Dilihatnya kebaikan budi pekerti orang lain. Di pujinya di dalam hati dan ditimbulkannya cita-citanya hendak meniru seraya diansur pula meneladan dari selangkah ke selangkah.

5) Kalau hendak mencari teman, handai taulan dan sahabat, orang yang berakal akan memilih orang yang mempunyai kelebihan baik daripada perkara agama atau ilmu atau budi kesopanan. Yang berlebih dari perkara agama atau ilmu budi kesopanan. Yang berlebijh daripada kita supaya kita dapat tiru teladan. Atau dicarinya teman yang sama tingkatan supaya kaut menguatkan. Kerana budi perketi yang baik dan adat yang terpuji tidak akan subur tumbuhnya dalam diri kalau tidak bertolong-tolongan menggembirakan didalam dengan teman.

6) Orang yang berakal tidak akan berduka cita lantaran ada cita-citanya di dunia tidak sampai atau nikmat meninggalkannya. Diterimanya apa yang terjadi atas dirinya dengan tidak merasa kecewa dan tidak putus-putus berusaha. Jika rugi tidaklah cemas dan jika berlaba tidaklah bangga. Kerana cemas merendahkan himmah dan bangga menhilangkan timangan.

7) Orang yang berakal enggan menjauhi orang yang berakal pula, kerana tanpa teman yang berakal akan lemahlah dia, dan dengan bersama akan dapat dia membandingkan di mana kekurangannya dan dimana kelebihannya.

8) Empat saat yang selalu diawasi oleh orang yang berakal. Biar lengah dari yang lain, tetapi tidak lalai dia menjaga yang empat itu iaitu :-
i) Saat untuk menyembahkan hajatnya kepada Tuhannya.
ii) Saat untuk menilik dirinya sendiri.
iii) Saat untuk membuka rahsia diri kepada sahabatnya yang setia, menyatakan aib-aib dan celanya supaya dapat dinasihati dan ditunjukkan oleh teman setia itu secara terus terang.
iv) Saat dia bersunyi-sunyi diri, dudk bersoal jawab dengan dirinya, menanyakan mana yang halal dan mana yang indah, mana yang jahat dan mana yang baik.

9) Orang yang berakal tahu membedakan manusia, sebab itu dia tidak canggung bergaul dengan siapapun. Manusia dibahagikan kepada dua. Pertama, orang awam, perkataanya di jaga, tiap-tiap kalimat yang keluar dari mulutnya dibatasinya. Kerana hanya jauhari yang mengenal manikam. Kedua, ialah orang yang khawas (orang-orang utama). Disanalah dia merasa lazatnya ilmu. Kepada yang lebih daripada dia, dia belajar. Kepada yang sama dengan dia, dia membandaing.

10) Orang yang berakal memandang besar akan sebarang kesalahan yang dilakukannya, walau bagaimana kecilpun di mata orang lain. Dia tidak mahu memandang kecil suatu kesalahan. Kerana bila sekali kita memandang kecil sesuatu kesalah, yang kedua, ketiga dan seterusnya, kita tidak akan merasa kesalahan itu besar, atau tak dapat membedakan lagi mana yang kecil dan mana yang besar.

11) Orang yang berakal sadar bahawa diantara akal dan nafsu, atau diantara fikiran dan hawa tidak ada persetujuan. Kehendak nafsu biasa manis dipangkal dan hambar ujungnya. Sebab itu mereka suka berpahit-pahit dahulu dan bermanis-manis kemudian. Jika dia menghadapi suatu pekerjaan yang ragu-ragu atau jalan bersimpang yang belum ditemukan, ditanyalah hatinya, mana yang lebih cocok. Dan nafsunya itulah yang dijauhinya.

12) Orang yang berakal tidaklah berduka hati. Kerana kedukaan itu tidak ada faedahnya. Banyak duka mengaburkan akal. Tidak dia besedih, kerana kesedihan tidaklah dapat memperbaiki perkara yang telah telanjur. Dan banyak bersedih mengurangi akal. Orang yang berakal menyediakan ubat sebelum sakit, menyediakan payung sebelum hujan. Tetapi kalau penyakit datang juga, padahal ubat telah tersedia, dan bajunya kena hujan juga padahal payung telah ditangan, tidaklah dia kecewa, tetapi dia sabar dan rela dan dicarinya usaha untuk mengatasinya.

13) Orang yang berakal tidak ada tempat yang dia takut selain Tuhannya. Kalau timbul takutnya dengan tiba-tiba, diselidikinya apa sebab dia takut. Dari salah atau hanya dari rendah himmahnya?

14) Orang yang berakal tidak menjawab sebelum ditanya. Tidak pula menjawab pertanyaan lebih daripada mesti, supaya jangan dikatakan orang: tidak pandai memegang rahsia, tiak berpenaruhan, thufaili. Tidak pula suka menghinakan orang, kerana orang-orang yang menghinakan raja-raja rosaklah dunianya. Orang yang suka menghinakan orang alim rosaklah agamanya dan orang yang menghinakan kawan-kawan rosaklah maruahnya.

15) Orang yang berakal tidaklah tersembunyi bahagian celanya dirinya kerana orang yang lupa memandang aib dirinya sendiri, akan lupalah kepada kebaikan orang lain. Maka lupa akan aib diri adalah bencana hidup yang sebesar-besarnya. Sebab kalau tidak tahu atau lengah dari aib kita sendiri, tidaklah timbul usaha untuk membongkar uratnya. Bertambah lama dia bertambah tumbuh didalam jiwa, maka meranalah jiwa, laksana limau yang dikalahkan benalu.

16) Orang yang berakal pergi ke medan perang dengan senjata. Berbantah dan bertukar fikiran dengan cukup alasan. Berlawan dengan kekuatan. Kerana dengan akallah tercapai hidup, dengan budi teranglah hari, dengan fikiran tercapailah maksud, dengan ilu ditaklukkan dunia.

17) Orang yang berakal pandai membandingkan yang belum ada dengan yang telah ada, yang belum didengar dengan yang telah didengar. Umurnya yang ada dibandingkan dengan yang telah pergi. Yang belum tercapai dengan yang telah tercapai. Segala pekerjaan tidaklah diukurnya dengan wang atau emas bertahil. Sebab harta datang dan pergi, mendahului kita, atau didahului. Tetapi akal terap dan bekasnya kekal, walaupun badan tubuh masuk ke liang lahad. Orang berakal hidup buat masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri

hohoiii

hyep good morning to all readers...

today i want to talk about homework...you know that 5 day i did'nt touched any homework you know..haha..oh that's so scary....argh i don't want get any punish from our p.k(ustaz suhaimi)....so many homework u have to complete it....so pray for me..to complete the homework..ok


thats all for now...goodbye..

wassalam


danie46

a journey (bajet jauh)

Assalammualaikum....to all readers have a fun when you're blogwalking in my blog...today i want to story about our reunion(between smkakian and ex-smkakian).....our venue is at city plaza(port kami)...haha

Mula-mula aq x rncang pon nk p "reunion" neh....first aq rncang nk ajak cue p kuala nerang(my hometown)...but cue said to me...."weyh jom la p alor setar,p jmpa kwan2 kita(ex-smkakian)...lma x jmpa depa...rindu wo..."....lalu aq mnghntar msej kat mama aq..hbaq nk p alor setar....(mak aq xdak...p bca yassin).....maka kmi pon tngu la bas..

At 10.15 a.m(rsanya)bas pon dtg membawa kami ke kuala nerang yg jauhnya 11 kilometer dri tmpat kami(tmpat aq ulu....haha)....smpai sana...(around 10.30 a.m la...)aq dgn cue brjmpa dgn seorang ex-smkakian(ashrof a.k.a pak tam)dan juga iqbal(bkal player bola sepak kedah....haha...sory noh)...lalu kami naik bas mnuju ke bandaraya alor setar(bandar ke??)....dlam 1 jam(maybe la) smpai la kat pekan rabu(tmpat perlancongan utama di Kedah)..jmpa la geng2 kami iaitu fadhli aiman(budung),athir(paleo),aiman amran(gap),afifudin(mat pot),kok tai,kri tom,muaz,akyun,pait,aben(mckk boy)...

Setelah brkmpul smua,kami mulakan "rombongan" kami ke city plaza...rncang nk tgk movie...(HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA)tpi disebabkan bajet kami lari dan msa tayangan plak pkul 2.15 p.m....maka kami membatalkan niat kami...haha....pkat membawa diri utk mkan(smua pkat lapaq habes)...ha p la mkan kat food court...wah bleh than nasi tomato makcik tu(pelat key-eel)..RM 3.50(x bleh tawar menawar)....haha...after we ate,kami menjejakkan kaki ke Pusat Dakwah(pngil surau kot)...maka sembahyanglah kami seblum kami disembahyangkan...haha...

After we pray,kami berpecah...ada yg dok kat underground(pi men ps 2)...ada pi men bowling...aq cma bleh spare je yg byk(gaya lebih)haha...nmpak mcam pro bowler je(btoi ka??)...wah ltih kot...angkat bola yg 10 kilo bratnya..haha..dlam 2 game kot aq men..hbes jari aku bengkak..haha...nak wat cmna..

dlam pkul 4.30 kot kami bersalaman dan pulang ke 'sarang' masing2...

itulah "reunion" kami...haha...

hey miss u all my friends.
always in my mind...

danie 46

wassalam

p/s:sorry la kalau x pham bahasa kedah...

Tuesday, March 15, 2011

facebook....

haesh....sudah lma aq brthan dgn ko....skrang ko wat mcm neh...aq brusaha brsngkang mata krna ko..ko thu x.....haesh si facebook neh mngpa ko lembap sgt......


lawak sajaaaa......

danie46

Monday, March 14, 2011

Kalaulah Aq




ada orang kata kat pic ni dlam fb...

weyh rafiq ang dh jdi photographer ke??

aku brkta mna ada....gila ko tu la first time my dad gave me that camera to snap any picture except (...tut....)...haha..

klau la aq jdi photographer.....


sure la...org akan bgi komen kat aq ....hok nu la..hok ni la....

smua x kna....haha...

eh apa aq mrapu neh...

neh klau ada apa2 yg x kna..mnx maaf nah....

xdak mood arini..


wassalam

Friday, March 11, 2011

Inspirasi Si Kecil Bernama Semut

Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian? Mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?

Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?

Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.

Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.

Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.

Kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.

SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)

Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.

Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.

Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."

Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."

Hebatkan si kecil bernama semut?

Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.

Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.

Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.

Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.

Friday, March 4, 2011

10 Petanda Itu Adalah Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, March 3, 2011

FEBRUARY TEST....

wah......my result was very bad...hmmm ikot pandangan korang la...komen la ye....

BM-68

BI-80

SC-60

BA-(x thu lgi...nnti aku hbaq)

SYARIAH-65

QURAN SUNNAH-58

SEJARAH-48

PRINSIP AKAUN-33(ARGH FAIL....)

PERDAGANGAN-63

ADD MATH-44

MATH MODE-35(FAIL AGAIN..)

never give up..it's just first test....in 2011..

'APA YANG ADA PADAKU TIDAK ADA PADA MEREKA'
(kata2 tuan sheih fisol)